CANNY ONG
Baiklah selesai Pembunuhan Classic, kita mulakan pembunuhan lokal di Malaysia. Cukup Tragis dan binasa yang menjadi satu ketakutan untuk semua para wanita khususnya.
Gambar peribadi milik Keluarga Canny Ong
Rakaman Sekuriti CCTV di sebuah Mall Membeli-belah
Gambar peribadi milik Keluarga Canny Ong
17 tahun telah berlalu sejak Jun 2003, malam yang
indah bertukar menjadi satu tragedi. Ini pula kisah tentang seorang wanita
bernama Canny Ong berusia 27 tahun yang telah dirogol dan mati dibakar sehingga
rentung. Canny Ong, seorang penganalisis IT yang tinggal di
Amerika Syarikat bersama suaminya Brandon Ong, kembali ke Malaysia hanya
seketika untuk melawat ayahnya yang sakit.
13 Jun 2003, sehari sebelum pulang ke Amerika
Syarikat. Canny Ong bersama beberapa ahli keluarganya dan teman rapat keluar
untuk meraikan majlis makan malam di sebuah restoran bernama Monte yang terletak
di Bangsar Shopping Centre. Mereka menghabiskan masa kira-kira dua jam di
restoran itu sehingga jam 10.30 malam. Siapa sangka malam indah yang penuh
kegembiraan itu akhirnya menjadi episod paling tragis dalam hidupnya dan boleh
dikatakan jenayah paling kejam dalam sejarah negara kita.
Sewaktu ingin membuat bayaran parkir, Canny
menyedari yang dia tertinggal tiket parkir di dalam keretanya. Canny telah
pergi ke tempat letak kenderaan yang terletak di tingkat bawah bangunan itu
untuk mengambil tiket parkir yang tertinggal bagi membolehkannya membuat
bayaran. Setelah hampir 20 minit berlalu, Canny tidak muncul
semula. Ibu Canny, Pearly Ong dan adik kepada Canny yang menunggunya di mesin
Autopay, mula rasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi anaknya tapi tidak
dijawab. Dengan perasaan risau dan curiga, lalu ibu dan adiknya membuat
keputusan untuk mencarinya di tempat letak kereta. Jantung mereka seolah-olah
jatuh ke lantai apabila mendapati bukan sahaja mangsa tiada di situ. Malah
kereta yang mereka naiki pada malam itu, Proton Tiara berwarna ungu juga tidak
kelihatan. Menyedari sesuatu yang buruk telah menimpa anak perempuannya, Pearly
berlari ke pejabat keselamatan pusat membeli-belah tersebut untuk melihat
rakaman CCTV. Luruh jantungya apabila melihat rakaman CCTV tersebut dimana dia
melihat anak perempuanya (Canny Ong) telah diculik dan dilarikan oleh seorang
lelaki yang memandu bersamanya di dalam keretanya, merempuh penghadang keluar
parkir.
14 Jun 2003 (Penemuan kereta milik Canny Ong). Pihak
polis telah menemui kereta yang dipercayai milik Canny di belakang sebuah lot
kedai di Petaling Jaya. Hasil pemeriksaan mendapati di bahagian tempat duduk
belakang kereta itu dipenuhi dengan kesan darah dan berbau hanyir.
17 Jun 2003 (Penemuan mayat hangus rentung di dalam
lubang). Negara kita digemparkan dengan penemuan satu mayat yang hangus rentung
di dalam satu lubang di Jalan Batu 7, Jalan Klang Lama. Berdasarkan laporan
bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patalogi, mayat rentung itu dijumpai
dalam keadaan kedua-dua tangannya diikat dengan sehelai kain sebanyak tiga
lilitan. Beliau mengesahkan bahawa punca kematian adalah akibat dijerut atau
dicekik di bahagian leher. Pada masa yang sama, terdapat juga kesan cedera
parah di bahagian abdomen si mati. Ujian DNA akhirnya menjawab nasib yang
menimpa Canny Ong apabila mayat tersebut disahkan adalah wanita itu. Selain
sekeping tiket parkir BSC, beberapa helai rambut, darah dan cecair dipercayai
daripada vagina mangsa juga dijumpai di dalam kereta miliknya sekali gus
menguatkan lagi keputusan itu.
20 Jun 2003 (Penahanan Suspek, Ahmad Najib bin Aris)
Pihak polis telah membuat serbuan di rumah suspek. Pada malam kejadian
hilangnya Canny, seorang anggota polis sedang membuat rondaan apabila beliau
terlihat sebuah kereta diparkir di tepi jalan, lalu mendekati kereta itu dan
membuat pemeriksaan. Didapati seorang lelaki Melayu (tertuduh) dan seorang
wanita Cina berada di dalam. Setelah melakukan pengecaman identiti, polis
tersebut ternampak wanita di tempat penumpang itu telah membuat isyarat tangan
seperti sedang berdoa ke dada. Dengan rasa curiga lalu polis tersebut menyuruh
lelaki itu untuk keluar daripada kereta. Namun dia enggan mematuhi arahan
anggota polis tersebut dan terus memecut kereta dan pergi meninggalkan polis
tadi dengan kad pengenalannya. Berlaku adegan kejar mengejar antara kereta yang
dipandu lelaki melayu tadi dengan polis. Polis tersebut juga telah melepaskan 2
das tembakan ke tayar kereta namun tersasar. Bahan bukti seperti baju dan
seluar telah diambil di rumah tertuduh. Terdapat kesan darah pada seluar milik
suspek dan ujian yang dilakukan mendapati bahawa darah itu sepadan dengan DNA
Canny.
Gambar diambil oleh media
Rakaman CCTV di tempat letak kenderaan BSC juga
jelas menunjukkan suspek telah menghampiri mangsa dan menolaknya ke dalam
kereta. Selepas itu, suspek dilihat memandu kereta itu dan merempuh penghadang
di pintu keluar parkir. Segala bukti itu yang ada itu cukup kuat untuk membuat
penahanan terhadap lelaki tersebut, Ahmad Najib. Ketika disoal di dalam
mahkamah, suspek tanpa rasa bersalah mengaku telah melakukan hubungan seksual
dengan mangsa.
Lebih menjijikkan, suspek juga mengatakan yang
hubungan seks itu dilakukan atas perasaan suka sama suka. Selepas didesak, suspek mengaku telah mengeluarkan
sebilah pisau dan mengugut mangsa untuk melakukan hubungan seks bersamanya. Apabila mangsa cuba melawan sewaktu hubungan tanpa
rela itu dilakukan, suspek membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh mangsa.
Walau bagaimanapun, dia sempat menegaskan bahawa dia tiada niat untuk berbuat
demikian. Suspek juga mengaku telah menggunakan dua buah tayar
berisi konkrit bagi menutup lubang yang menjadi tempat mayat Canny dibakar.
Namun begitu, episod kekejaman itu tidak berakhir di situ kerana ketika itu,
mayat mangsa masih belum dibakar. Sehari selepas mayat mangsa dibuang ke dalam
lubang, suspek telah membeli dua botol petrol dan kembali ke lokasi itu untuk
menjirus kesemua minyak yang dibeli sebelum bertindak membakarnya.
Segala bukti daripada laporan dan kesemua saksi
mendapati Ahmad Najib bersalah atas jenayah rogol dan bunuh. Mahkamah Tinggi
telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas suspek. Selepas itu,
proses rayuan bermula dan ia memakan masa yang cukup lama iaitu selama 11
tahun. Walau bagaimanapun, rayuan suspek tidak diterima dan Mahkamah
Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.
Pada 23 September 2016, tamatlah riwayat Ahmad Najib
di tali gantung pada jam 6 pagi. Sehari sebelum menjalani hukuman gantung,
Ahmad Najib telah bertemu dengan ahli keluarganya buat kali terakhir dan
mencium tapak kaki mereka. Mayatnya telah dikebumikan di Perkuburan Sungai
Kantan di Kajang. Kisah menyayat hati ini merupakan salah satu kisah yang
paling diingati di negara kita. Semoga kita semua dijauhkan daripada
perkara-perkara yang tidak diingini.
Benar, penjenayah ada di mana-mana sahaja tidak kira pada waktu apapun. Kita tidak mampu untuk menghalang niat jahat manusia tapi apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa berhati-hati dan melindungi diri sendiri. Elakkan keluar seorangan diri Okay, Sesungguhnya malang tidak berbau.
Be safe!
💓
ReplyDelete