Kulit Muka Halus & Lembut Gebu Macam Kulit Bayi, Tempek Kulit Muka Dengan Campuran 3 Bahan Dapur
Oleh: Nur 'Inayah
Semua wanita memang ingin memiliki kulit wajah yang halus bersinar. Pendek kata wajah yang halus mulus mampu membuatkan seorang wanita itu rasa lebih yakin dan bersemangat apatahlagi jika berkecimpung dalam dunia kerjaya yang memerlukan untuk bertemu dengan orang ramai setiap hari.
Demi memiliki kulit yang halus dan mulus ramai orang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk merawat wajah. Hakikatnya banyak bahan alami di sekitar anda yang boleh anda manfaatkan untuk menghaluskan wajah.
Kulit muka tidak cerah tidak mengapa asalkan sihat, halus dan lembut. Berikut bahan-bahan untuk menghaluskan kulit wajah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja yang boleh digunakan di dapur.
BAHAN-BAHAN:
- Asam jawa (dalam bentuk pes lebih mudah)
- Tepung ubi
- Sedikit air
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Bancuh semua bahan-bahan tadi sampai jadi paste. Jangan terlalu cair. Jika terlalu cair agak susah untuk tempek pada muka kerana susah hendak lekat.
2. Apabila sudah jadi paste, bolehlah tempek pada muka tapi pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu, barulah tempek pada muka.
3. Biarkan paste menempel pada muka dalam 10 minit atau sampai kering. Kemudian bolehlah cuci muka seperti biasa.
Amalkan selalu, nanti kulit muka akan jadi halus lembut gebu macam kulit bayi. Rutin penjagaan wajah pada waktu malam juga penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan hanya dijaga pada waktu siang sahaja. Ramai yang anggap penjagaan kulit pada waku malam adalah tidak penting.
Sumber: Facebook Lelawati Lela
Advertisement
I like this
ReplyDeleteThanks for reading!
DeleteGreat tips!
ReplyDeleteThanks for reading too!
Delete