THE BOY IN THE BOX 1957
Dan yang kes pembunuhan seram paling classic mengenai pembunuhan kanak-kanak lelaki, kematian yang tragis dan tiada keperimanusian sehingga kini menjadi bualan dan tanda tanya.
Pada bulan Februari tahun 1957, seorang pemburu muda
masuk ke satu kawasan untuk memeriksa perangkapnya di sebuah kawasan hutan di
utara Philadelphia. Semasa dia melalui semak tiba-tiba dia menjumpai sebuah
kotak. Di dalam kotak itu, dia melihat seorang budak lelaki dibaluti dengan
kain selimut. Akan tetapi, kerana dia terlalu takut dia mengabaikannya dan
terus berlalu pergi meneruskan pemburuannya.
Beberapa hari kemudian, seorang pelajar kolej sedang
memandu dan dia terlihat seekor arnab berlari memasuki sebuah kawasan. Pelajar
itu tahu di dalam kawasan itu terdapat perangkap lalu dia memberhentikan
keretanya untuk memastikan arnab itu selamat.Ketika dia sedang mencari arnab
itu, dia menemui sebuah kotak dan di dalam kotak itu terdapat seorang budak
lelaki. Walaupun dia berasa takut dengan apa yang dia temui, dia tetap pergi
melaporkan penemuannya yang mengerikan itu kepada pihak polis.
Budak lelaki itu ditemui dalam keadaan yang sudah
teruk dipukul dan dibaringkan di dalam kotak lama. Identiti beliau tidak
diketahui. Siapakah budak lelaki di dalam kotak tersebut? Pihak polis
beranggapan budak lelaki itu berumur dalam lingkungan antara 3-7 tahun. Penemuan polis mendapati, rambut budak lelaki itu
seolah-olah baru sahaja dipotong kerana masih terdapat gumpalan rambut pada
badannya. Badannya kelihatan seperti kekurangan zat dan dipenuhi dengan luka di
bahagian kaki, pangkal peha dan juga di dagunya. Walaupun dia telah
ditinggalkan dengan sebegitu rupa, pihak polis tetap mengambil cap jarinya dengan
harapan dapat mengecamnya. Beberapa orang awam telah tampil ke balai polis
dengan maklumat berkaitan dengan kes itu, tetapi polis tidak dapat mengesahkan
setiap testimoni tersebut.
keadaan yang ditemui oleh pihak polis - Getty Picture
Tetapi pada suatu hari, terdapat seorang wanita
bernama Martha, mendakwa bahawa ibunya yang juga merupakan seorang pendera
telah membeli budak lelaki itu. Budak lelaki itu turut pernah dijadikan subjek
penderaan fizikal dan seksualnya untuk bertahun lamanya. Apa yang membuatkan
pihak polis tertarik dengan dakwaan Martha adalah setiap butiran cerita yang
diceritakan oleh Martha yang sebelum ini tidak pernah diketahui atau diceritakan
oleh orang awam.
Martha juga menerangkan pada pihak polis tentang
fizikal budak lelaki itu yang berambut panjang. Ini sesuai dengan penemuan
gumpalan rambut yang mereka temui sewaktu menjumpai budak lelaki itu di dalam
kotak.Akan tetapi, walaupun testimoni Martha sepadan dengan bukti yang ada,
sejarah penyakit mental yang dialami oleh Martha membuatkan dia tidak boleh
dipercayai sebagai seorang saksi kejadian. Pihak polis juga mencuba untuk mengesahkan dakwaan
yang dibuat oleh Martha dengan jiran-jiran dan rakannya namun mereka semua
menafikan pernah melihat seorang budak lelaki di rumah Martha dan ibunya.
Dakwaan Martha akhirnya ditolak dan dikategorikan sebagai tidak masuk akal.
Lebih 400,000 risalah telah disebarkan ke kawasan
Philadelphia serta bandar-bandar lain di Pennyslvania. Pembetukan semula wajah
juga telah dilakukan oleh forensik dan diletak pada risalah itu dan telah
diedarkan ke balai polis dan pejabat pos. Risalah itu juga dimasukkan di dalam
sampul surat yang mengandungi bil-bil api dan air, namun masih tiada seorang
pun yang tampil memberi maklumat. Tidak lama kemudian, seorang psikik telah datang dan
menceritakan terdapat sebuah rumah anak yatim berhampiran dimana budak lelaki
itu dijumpai mati tanpa melihatnya. Remington Bristow, seorang pekerja di
pejabat pemeriksa perubatan, telah mengikuti petunjuk psikik tersebut ke rumah
anak yatim itu. Disitu, Remington Bristow telah menjumpai kotak lama yang sama
dimana budak lelaki itu telah dijumpai mati. Dia juga menjumpai selimut yang serupa
yang dibalut di badan budak lelaki itu. Walau bagaimanapun, oleh kerana tiada
bukti yang kukuh terhadap ibu bapa angkat di rumah itu, penemuan Bristow juga
ditolak.
Facial teknologi yang telah dibuat oleh Jabatan Polis
62 tahun kemudian, teknologi rekonstruksi wajah
telah memberikan imej-imej replika wajah budak lelaki itu semasa ia masih
hidup, tetapi tidak ada yang pernah menuntutnya. Ujian DNA dan pergigian juga
telah dibuat, tetapi masih juga tidak berjaya.
Sehingga hari ini, identiti budak lelaki di dalam
kotak itu masih tidak diketahui dan kes ini masih lagi tidak terungkai.
😱😱😱😱
ReplyDelete