Politik Dan Orang Muda
Kebanyakkan orang muda enggan melibatkan diri dengan
politik walaupun ramai ikon muda seperti mahasiswa, mahasiswi, pengiat aktif di
laman social lantang bersuara hak-hak politik termasuk Syed Saddiq sendiri
memberi kesedaran dan menyeru orang muda untuk mengambil tahu akan hal ehwal
politik Malaysia. Saya sendiri pada awalnya tidak mengambil peduli akan keadaan
politik yang terjadi dalam negara kita dan bagi saya cukuplah hanya mengetahui
perlembagaan negara sahaja yang mana saya merasakan pengetahuan itu mencukupi
sebagai orang muda. Tetapi kini, setelah mempelajari asas politik dan memerhati
akan setiap masalah yang timbul dimana rata-ratanya berakar daripada masalah
politik menyebabkan saya tersedar akan betapa pentingnya politik demi
mempertahankan hak-hak sepatutnya harus diperjuangkan.
Bermula sejak awal tahun 2020, situasi seperti
pembubaran parlimen, langkah Sheraton, kerajaan pintu belakang dan sebagainya
telah menimbulkan persoalan dan kekecohan dalam kerajaan dan rakyat, sekali gus
telah mengkhianati kepercayaan daripada sebahagian rakyat. Isu-isu seperti ini
amat mengelirukan bagi anak anak muda dan merasakan kehadirannya tidak memberi
kesan kerana majoritinya yang terlibat adalah orang dewasa yang berumur 30
tahun keatas, bekerja dan yang menariknya orang muda yang lantang bersuara
hebat adalah datangnya dari kaum India dan Cina. Mungkin disebabkan saya
dikelilingi orang-orang sebegini dan tidak mendedahkan diri dengan sekumpulan
fikiran intelektual yang berbeza dari diri saya.
Isu baru-baru ini,
orang muda sering digambarkan sebagai golongan yang lemah, gopoh dan berfikiran
mentah. Dalam konteks ini, orang lama masih lagi berpegang pada prinsip yang
kononnya tidak difahami oleh orang muda kerana mempersoalkan unsur kepimpinan
walhal mereka ada agenda tersendiri. Ketidakyakinan
ini sebenarnya tanpa sedar menunjukkan bahawa ketidakpercayaan sistem
pendidikan yang diasaskan oleh mereka sendiri untuk generasi terkemudian. Ia
juga bermakna mereka tidak pernah yakin dengan apa yang telah diajarkan kepada
kita.
Orang muda perlu mengambil alih pimpinan sedia
ada pada hari ini. Bukan sahaja untuk berhadapan dengan pihak lawa politik,
tetapi untuk memastikan politik kebencian kaum, pecah-belah dan ketamakan dapat
diubah menjadi politik yang menjana kehidupan rakyat dengan menghasilkan
pekerjaan untuk semua.
Comments
Post a Comment