Lee Bee 'suara' OKU pekak, bisu.
Siapakah Tan Lee Bee yang sering diketawakan bermain TikTok
disebelah Perdana Menteri? Jurubahasa isyarat yang berkhidmat lebih 25 tahun di
RTM, Lee Bee memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM)
pada 1986.
SELAIN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul
untuk menyampaikan perutusan khas di kaca televisyen, wajah ini juga sering
‘menemani’ beliau di bahagian bawah sudut kanan skrin sebagai jurubahasa
isyarat.
“SPM adalah program TV pertama di negara ini yang bersiaran
pada awal pagi dan menteri penerangan pada waktu itu mahukan ada jurubahasa
berita ringkas yang diselitkan bagi keperluan golongan pekak dan bisu menonton
serta memahami isi kandungannya,” katanya. Lee Bee pada waktu itu masih
mengajar di Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor.
Sepanjang menyambung pengajian, Lee Bee didedahkan dengan
banyak kemahiran berbahasa isyarat yang mana ketika itu, hanya Lee Bee saja
sempurna dan rakan-rakan sekuliah adalah OKU.
“Ada kalanya kes berlarutan selama tiga hari maka saya perlu bertugas mengikut keperluan yang ditetapkan oleh peguam dan hakim,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi anggota polis.
Meskipun kini menginjak ke usia 58 tahun, namun personalitinya yang sentiasa ceria dan aktif membolehkannya terus menabur bakti dan memberi aura positif kepada yang lain. Lee Bee juga tidak menyangka ramai yang mengenalinya malah ada yang mengajaknya bergambar ketika dia berjalan-jalan atau beriadah.
Selain mudah mesra dan disenangi rakan sekerja, Lee Bee juga fasih berbahasa Malaysia kerana banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di kampung halamannya di Segamat, Johor.
“Saya berpendapat, setiap stesen televisyen dapat menyediakan sari kata dan jurubahasa isyarat untuk program berita supaya lebih ramai golongan OKU memahami isi kandungan program.
“Minat saya yang mendalam dalam bidang ini diterjemahkan melalui kualiti kerja dan itulah kunci kejayaan dalam apa juga lapangan yang kita ceburi selain fokus, komited dan berdisiplin,” terangnya.
Comments
Post a Comment