KETAHUI CARA PRODUKTIF UNTUK SENTIASA PROAKTIF DI RUMAH.
Di tengah-tengah wabak coronavirus baru, kerajaan
telah mengarahkan sekolah-sekolah pendidikan rendah, menengah rendah, menengah
dan juga pendidikan tinggi, universiti ditutup untuk sementara waktu akan
tetapi, sesi pembelajaran masih dijalankan secara online. Ini bermakna banyak
daripada kita menghadapi cabaran yang tidak biasa: belajar dari rumah untuk
pertama kalinya, sepenuh masa.
Walaupun setengah pihak pernah melakukannya sebelum
ini, belajar dari rumah disebabkan coronavirus mungkin terasa seperti dunia
yang baru: Mungkin tiba-tiba. Mungkin untuk jangka masa yang panjang dan
bukannya sehari di sana sini (dan anda sama sekali tidak pasti berapa lama ia
akan berlangsung). Seluruh Malaysia terlibat.
Antara petua yang membantu dalam memastikan anda seimbang dan juga menjaga kestabilan mental anda;
1.
Segarkan Diri Anda Dalam Berpenampilan Menarik
Ini mungkin seperti tip mudah, tetapi sangat lah
penting dalam mencari motivasi sebelum melakukan sesuatu. Keselesaan berada di
rumah memang sangat menggoda untuk memakai pakaian tidur sepanjang hari, tetapi
ia juga lebih menyebabkan kita bergerak lambat dan berasa malas untuk memulakan
dan kurang produktif secara keseluruhan.
Anda tidak perlu berpakaian seformal mungkin untuk
bekerja, tetapi tindakan seperti menukar pakaian akan memberikan kita kesedaran
untuk bangun dan menyelesaikan sesuatu. “Don’t underestimate the power of a
good outfit for ourselves, It makes you feel human [and] confident and helps
draw the line between being at work and being at home,” Ia sangat penting pada
masa seperti ini, untuk memberi suatu visual dan menyedarkan pisahan dari kehidupan
“normal” anda dan “nyata” Dunia. Ini adalah tahun 2020 dan kita akan mengadakan
banyak perjumpaan video.
2.
Cipta
Ruang Belajar Anda Tersendiri!
Salah
satu cabaran besar ketika belajar di rumah ini adalah menjaga pelajaran dan
kehidupan normal anda. Sekiranya anda menjaga keseimbangan sepenuhnya,
produktiviti anda akan terganggu dan kehidupan di rumah anda juga akan
terganggu.
Sekiranya
anda biasa pergi ke kelas setiap hari, anda perlu mewujudkan suatu ruang
belajar fizikal dimana ia harus terpisah dari tempat keselesaan anda dan
memberikan anda fokus yang sepenuhnya. Cubalah untuk menjadikan ruang belajar
anda selesa dengan kerusi yang boleh anda duduk selama lapan jam sehari dan
beberapa hiasan. Cari kawasan dengan pencahayaan semula jadi yang baik jika
mungkin.
Memasuki
ruang kerja anda akan membantu anda menghidupkan semangat pada awal hari dan
mula bekerja. Pada masa yang sama juga, meninggalkan ruang belajar akan mematikan
semangat dan mengganggu fokus anda. Oleh itu, sangat penting untuk tidak
merayau ke seluruh rumah anda - walaupun bagus untuk dapat bergerak dari meja
ke sofa ke tempat tidur, jika anda membiarkan laptop anda digunakan untuk
perkara lain, ia menjadikannya lebih sukar untuk membuat kerja anda terpisah
dari kehidupan normal anda. Kuncinya di sini adalah melakukan apa sahaja yang
perlu anda lakukan untuk "meninggalkan" ruang belajar anda secepat
mungkin.
1.
Membuat dan Menentukan Waktu Belajar
Sama
seperti anda menetapkan dan memisahkan ruang kerja fizikal anda, anda harus
jelas mengenai waktu belajar anda. Anda perlu membuat jadual belajar yang
seiring dengan waktu kelas online, waktu menyiapkan tugasan dan waktu
mengulangkaji supaya anda dapat menyelesaikan tugas terbaik anda dan bersiap
sedia untuk kembali ke kelas sekiranya anda tetap mengikuti waktu biasa anda.
Selain itu, jika peranan anda bersifat kolaboratif, mengikut jadual yang sama
dengan rakan sekelas anda menjadikan semuanya lebih mudah.
Berkomunikasi
dengan orang sekeliling seperti ahli keluarga dapat menentukan sempadan
sehingga anda dapat mengurangkan gangguan semasa hari bekerja — Mempunyai masa
dan ruang belajar/kerja yang berasingan akan memungkinkan anda untuk lebih
hadir dalam kehidupan rumah tangga anda.
2.
Gangguan Alam Ghaib, Alam Semesta dan Alam Sosial.
Gangguan
adalah salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh orang yang sama ada bekerja atau
belajar dari rumah — terutama orang yang tidak terbiasa dengannya. Manusia akan
terganggu. Tetapi anda perlu berhati-hati dengan seberapa banyak anda membiarkan
diri anda terganggu.
Anda
mungkin sudah berehat sebentar sepanjang hari di pejabat, dan itu bagus juga di
rumah. Menggunakan masa rehat itu untuk melakukan kerja rumah lain yang ringan
seperti melakukan laundry atau menyidai pakaian atau memasak makanan mudah adalah
DIBOLEHKAN tetapi cuba jangan melakukan mengemas dan menyusun atur pakaian
dalam almari kerana itu mengganggu perhatian anda secara abadi.
Sekarang
ini, salah satu gangguan terbesar adalah berita. Dan memeriksa mengenai
COVID-19 akan menjadi perhatian utama anda. Ya, memang bagus untuk mengetahui
perkembangan semasa tetapi mudah menarik diri anda untuk terus terganggu dengan
adanya smartphone ketika belajar.
Jadi
kami cadangkan menetapkan pemasa untuk setiap rehat yang anda ambil. Sekiranya
anda adalah seseorang yang mudah terganggu setiap kali anda mendapat
pemberitahuan berita, matikan pemberitahuan anda juga pada hari kerja. Berita
akan tetap ada selepas jam 5 petang.
3.
Communication Is A Key!
Sekiranya
anda tidak biasa bekerja dari rumah, kemungkinan anda akan menghadapi kesulitan.
Kunci untuk mengatasi masalah ini adalah komunikasi — terutama dengan rakan-rakan,
cikgu atau pensyarah anda dan laporan
langsung. Lakukan perkara yang sama dengan sesiapa sahaja yang biasanya anda
bekerjasama sepanjang hari. Anda juga akan menghadapi cabaran yang unik semasa
anda melakukan tugas anda dari jarak jauh, yang boleh sangat berbeza bergantung
pada jenis tugasan yang anda lakukan. Jangan teragak-agak untuk menghubungi
orang yang sama yang biasanya anda cari untuk meminta pertolongan — walaupun
anda tidak berada di bangunan yang sama dengan mereka. Dan untuk mengurangkan
miskomunikasi, anda boleh videocall bagi mendapatkan penjelasan daripada
pensyarah dan rakan-rakan.
4.
BERSOSIAL MAYA
Apabila
seluruh kelas tiba-tiba mula belajar dari rumah, anda mengurangkan banyak
interaksi sosial yang biasa dilakukan sepanjang hari yang membantu anda merasa
kurang kesepian dan merasa semangat untuk belajar di kelas.
Oleh
itu, dengan bercakap dengan rakan sekerja anda sepanjang hari melalui Whatsapps,
Videocall, iMessage, Zoom, atau apa-apa applikasi kelas anda berkomunikasi
dapat sedikit sebanyak membuatkan anda berasa selesa dan normal untuk melakukan
sesuatu tugasan. Sekiranya anda biasanya bertanya kepada rakan sekelas anda
mengenai hujung minggu mereka, teruskan. Sekiranya anda biasanya memberi komen
kepada mereka mengenai topik tertentu, call mereka. Interaksi kecil ini banyak
berlaku.
Anda
juga boleh menjadualkan permulaan panggilan video pagi dengan seluruh kelas
atau kumpulan anda supaya anda memberi ruang untuk perbincangan kecil pertama
kali belajar, atau meluangkan masa untuk bersama yang lain sepanjang hari.
Semasa anda melakukannya, jangan hanya menghubungi rakan sekelas mengenai pelajaran atau projek semata, mungkin menanyakan mengenai rancangan TV yang anda berdua sukai, dapat menceriakan hati anda untuk bersosial —Jangan teragak-agak untuk menghubungi rakan sekelas hanya untuk bertanya bagaimana prestasi mereka.
Semua ini tidak hanya berlaku pada hari belajar dan rakan-rakan anda. Anda mungkin tidak dapat bertemu dengan rakan-rakan untuk makan malam di Warung PakDin atau order makanan di kampong belakang selepas belajar, tetapi anda boleh mengatur sekumpulan orang untuk membincangkan hal-hal atau rancangan TV melalui Google Hangouts, Skype, Meet, Zoom atau Whatsapps Videocall. Anda tidak perlu terlalu banyak merancang: Rakan-rakan baik saya dan saya tinggal secara berasingan di negara ini tetapi menayangkan rancangan TV seperti Wakaf Dosa secara serentak supaya kami dapat menghantar teks tentangnya dalam masa nyata. Dan mungkin Facetime mereka? Ketika dunia sedang gundah gulana, lebih penting daripada sebelumnya kita menjangkau, berhubung, dan menjaga satu sama lain.
Comments
Post a Comment