Lebih Ketat, Lebih Bahaya, Ini Kesan Jangka Panjang Bila Pakai Korset
Oleh: Nur 'Inayah
Mendapatkan bentuk tubuh langsing, cantik dan menggiurkan memang idaman ramai wanita. Namun, ia bukanlah semudah mengenakan bengkung,
Namun, demi tampil cantik menawan, ramai wanita sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga. Mereka sanggup bergadai nyawa dan wang tanpa memikirkan kesan sampingan, risiko tertipu atau mempertimbangkan kesahihan dakwaan pengusaha mengenai kemujaraban produk yang ditawarkan.
Ramai yang menyangka dengan memakai korset, kononya akan memperbaiki postur tubuh. Hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Advertisement
Memang bahaya pakai korset ni, bagi saya makan makanan yang sihat and bersenam cara paling mudah untuk sihat and dapat "body goals" yang diidamkan.
ReplyDeleteYup betul. Tapi yang mudah dan sihat tu la orang susah nak buat kan? haha
Delete